Tiada Kita
Siapa engkau? Kau tak tahu siapa aku Jauhnya jalan sudah aku lalu Banyaknya liku sudah aku tempuh Lelahnya terluka tersungkur terjatuh Kau tiba waktu aku sudah di akhir garisan Melangkah longlai seksa sendirian Sesudah aku mencuba, mengalah, menyalah Tuhan Setelah aku berkira untuk keseorangan Aku merangkak mula dari dasar terdalam Kau meluru bagai batu angkasa yang menghujan Apa kau mahu buat aku terbungkam direjam Apa ku mahu tak tertafsir terfaham terujar Kau dan aku Tak mungkin menjadi kita