Tiada Kita
Siapa engkau?
Jauhnya jalan sudah aku lalu
Banyaknya liku sudah aku tempuh
Lelahnya terluka tersungkur terjatuh
Kau tiba waktu aku sudah di akhir garisan
Melangkah longlai seksa sendirian
Sesudah aku mencuba, mengalah, menyalah Tuhan
Setelah aku berkira untuk keseorangan
Aku merangkak mula dari dasar terdalam
Kau meluru bagai batu angkasa yang menghujan
Apa kau mahu buat aku terbungkam direjam
Apa ku mahu tak tertafsir terfaham terujar
Kau dan aku
Tak mungkin menjadi kita
Comments