Tiada Kita
 Siapa engkau?    Kau tak tahu siapa aku  Jauhnya jalan sudah aku lalu   Banyaknya liku sudah aku tempuh   Lelahnya terluka tersungkur terjatuh     Kau tiba waktu aku sudah di akhir garisan   Melangkah longlai seksa sendirian   Sesudah aku mencuba, mengalah, menyalah Tuhan   Setelah aku berkira untuk keseorangan     Aku merangkak mula dari dasar terdalam   Kau meluru bagai batu angkasa yang menghujan   Apa kau mahu buat aku terbungkam direjam   Apa ku mahu tak tertafsir terfaham terujar     Kau dan aku   Tak mungkin menjadi kita  
