Posts

Showing posts from April, 2016

Mula Satu Pengakhiran

Aku tahu dan engkau tahu Ada jarak yang mengikat kita Dari mendekat Tapi aku tak mengungkapkan Kau bisukan Mengapa terusan kita berdua berdiam Terseksa dan menyeksakan sesama kita Dipisah oleh sempadan yang ada tanpa sesiapa melukis Garis ini mengguris Pedih terhiris gentian hati yang terdalam Berdarah tapi dibiar terpendam *** Adakah ini langkah-langkah terakhir Sebelum tiba pada cabang perpisahan Mahukah kau menelusuri semula jalan-jalan Yang menjadi saksi kita bercanda berlarian? Mahukah engkau? *** Sumpah aku sudah mencuba Sumpah aku rindu Aku rindu kita

Kawan Hujung Minggu

Aku asyik menyelak helai-helai kalendar, Mencari-cari nilai persahabatan Pada kotak-kotak Ahad dan Sabtu Hujung-hujung minggu Tiada Hapus sudah rentak spontan Yang terbit pada malam-malam kesunyian Yang kini diganti borak-borak online Yang terkadang rasa semacam cakap-cakap sendirian Kalau ini makna jadi dewasa Aku mahu kecil semula Aku mual dengan alasan dangkal Kerjaya,wanita, dan keluarga Merenggut aku dari kebebasan Menyentap jauh dari akrab dan kawan Hidup kini... bosan.

Drama Rumah Sewa

Image
Kami berempat berkumpul dalam bilik Ahmad petang itu. Ahmad cekak pinggang, nampak tak keruan. Kami masuk ke biliknya bila Ahmad mengadu barangnya berselerak, laptopnya hilang. “Aku dah pesan berapa kali dah, orang last keluar rumah kunci pintu, kunci grill, kunci pagar.” “So, kau nak salahkan akulah ni?” “Ye lah!” “Sekarang ni barang siapa yang hilang? Yang kena curi barang aku ke kau?” “ So, just because barang kau hilang bukan barang orang lain aku tak boleh marah kau lah? Dah la pinggan mangkuk tak reti nak cuci, barang bersepah-sepah, nak kunci pintu pun malas. And hones tly aku tak tau macam mana ko perasan barang ko hilang sebab bilik ko memang macam sarang tikus.” Ahmad diam, matanya tak mahu memandang aku lagi. “ So, sekarang macam mana?” Rizal mencelah, cuba meredakan ketegangan. “Entah. Bukan barang aku yang hilang,” aku balas sinis sengaja mahu buat provokasi. Tak sempat aku berpaling tinggalkan bilik Ahmad, satu hentakan hinggap di pipi aku. Aku t...

Mess

Corat-coret atas kertas, Detap-detap jemari atas kekunci, Decit-decit kapur putih atas papan hitam, Tompok garis berus lukis atas kanvas. Curi-curi pandang kamu, Detak-detak jantung aku, Diam-diam jatuh cinta, Mata bertentang mata, Jeling-jeling kau menjeling, Senyumanmu menggoda. You sing it, dontcha? Totally messing with ya. Lulz

Negative

I imagine you and me alone in a darkroom, going through the negatives, picking which pictures worth to be developed only to learn that we like them all. But that would be a little silly because you own a digital camera. I guess I just need a reason to be with just you, even if it's only in my head. A reason to stand side by side,. A reason to put our faces close together, looking at the tiny, eerie reverse-coloured version of ourselves. A reason to ask permissions, hollering 'behind!' while trying to move in this space; cramped and badly lit by the blood-red light. A reason to accidentally graze our skins and elbows. A reason to be just us. But apparently my fantasy is mine and mine alone, not yours. By the time we finished processing the photos, you had enough of this room, I suppose. I reckon this tiny room is becoming too suffocating, these chemicals burning your nose. This endless strip of film may become too disorienting. Maybe it's too confusing seeing ourse...