Kawan Hujung Minggu

Aku asyik menyelak helai-helai kalendar,
Mencari-cari nilai persahabatan
Pada kotak-kotak Ahad dan Sabtu
Hujung-hujung minggu

Tiada
Hapus sudah rentak spontan
Yang terbit pada malam-malam kesunyian
Yang kini diganti borak-borak online
Yang terkadang rasa semacam cakap-cakap sendirian

Kalau ini makna jadi dewasa
Aku mahu kecil semula
Aku mual dengan alasan dangkal
Kerjaya,wanita, dan keluarga
Merenggut aku dari kebebasan
Menyentap jauh dari akrab dan kawan

Hidup kini... bosan.

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat