Train to Dabong III
“Sunrise! Sunrise!”
Ada sekumpulan lelaki menjerit-jerit di luar khemah.
“Siapa tu?” Tanya Adeng, mamai.
“Orang nak tengok sunrise,” aku jawab.
“Sekarang pukul berapa?”
“Lima.”
“Tak logik.”
Adeng, adeng. Malam semalam mengigau macam kena sengat lipan, pagi buta ni membebel pasal logik pulak. Hahaha.
Aku dah tak boleh tidur balik. Saiful pun melilau dekat luar. Jadi aku bangun dan duduk dekat unggun api. Apinya dah malap tapi baranya banyak lagi, jadi aku kutip-kutip daun buluh jadi bahan bakar. Kami sembang sekejap pasal cerita Atoq malam tadi. Tak lama kemudian Atoq datang. Sama terjaga sebab khemahnya dekat laluan orang pergi tengok sunrise. Atau mungkin juga sebab khemah muat satu Bad disumbat tiga orang.
It’s so ridiculously early still, sebab lama juga kami bertiga bersembang sebelum nampak cahaya matahari terbit. Tak logik. Tapi baguslah dapat juga tips dari Atoq. Katanya untuk gatal-gatal digigit pacat letak krim atau minyak but-but. Aku ingat parut aku yang gatalnya sampai 3-4 bulan dah teruk. Rupanya dia lagi ekstrem, bengkak sampai jadi kaki gajah.
Hari ini hari terakhir kat Kem Baha. Hari terakhir tengok awan karpet. Viewpoint dah penuh dengan orang bila sampai sana. Jadi aku panjat batu dengan Saiful. Awan tak sebanyak semalam sebab tak ada hujan, tapi on God it’s still beautiful.
Cak 🤗
Puas tengok sunrise, aku dan Sapek pergi dapur buat kopi dan teh. Dengan harapan kalau ada yang perasan kami malas-malas sepanjang perkhemahan, air kopi ni kira duit tutup mulut la. Pagi terakhir ni tak berapa eventful bagi aku sebab masing-masing dah mood nak balik rumah, walaupun tren pukul 12 malam ni. Plus, how can anything possibly top last night’s story? Ah, tapi sarapan pagi ni sedap. Walaupun sekadar spageti dan telur hancur dengan kuah rendang baki malam tadi. Sedap sampai aku curi sikit telur dari Shimi (Adeng would like to differ! #ytjt)
Habis makan sesi ambil gambar lagi. Aku dah kata trip ni santai gila.
Aku tak faham apa benda ni, tapi aku post je la.
Lepas makan, dah ambik gambar, kami bermalas-malasan sebelum pergi mandi buat kali terakhir (this is repetitive, of course everything is terakhir today right? lol). Kami sempat main polo air dekat kolam atas. Aku pun tak faham rules polo air diorang ni tapi yang pastinya Atoq lantik diri sendiri jadi penjaga masa, nampak dah tak sabar nak turun. Habis mandi manda, sampai tapak khemah tengok khemah perempuan belum cabut. Ah kalau tahu tadi boleh mandi lama sikit. Tapi bagus juga sebab banyak gila barang nak kemas.
Kami akhirnya tinggalkan Kem Baha.
Turun nampaknya lagi senang dari mendaki. Kelmarin banyak memaki, hari ni banyak eh dah sampai sini? Kurang sejam kami dah sampai dekat kaki gunung.
Mandi, tukar baju, dan solat, sekali lagi Wira lowered Pok Cu menjadi mangsa ulang-aling angkut kami. Mula-mula pergi ke tourist spot tempat ambik gambar. Panas gila situ jadi bila sampai je masa untuk pergi pekan Dabong, aku dan Syed plan nak cepat-cepat volunteeer.
Tempat seterusnya ialah restoran mi udang Che Da Mee Udang Galah. Tak pernah aku makan udang sebesar tu sebanyak tu seumur hidup aku, padahal tak order set paling besar pun. Sapek dan Adeng order set besar tu (Atoq-Jan tak kira eh sebab kongsi-kongsi). Bila sampai saja set besar tu dekat meja, satu restoran akan berpaling tengok. Haha.
Reviu?
Harganya murah, RM15 semangkuk. Udangnya ada tiga dan saiznya besar. Untuk orang yang jarang makan udang, bagi aku cukup segar dan tak ada rasa hanyir. Aku order mi jenis mi Maggi, jadi dapat sekali serbuk Maggi kari, sedap juga bila ditambah dalam kuahnya. Kuahnya macam sup tapi sedikit pekat, seperti kuah kuetiau kung fu.
[anyone ada gambar? DM. Sibuk makan lupa nak snap]
Tapi kata Afiq tak berapa segar dan manis udangnya, tak macam di Ijok. I’ll take your word Afiq, you’re the expert, nanti nak tuntut bawak sana pulak.
Bila dah habis makan, jam baru pukul enam petang. Baru sebab keretapi pulang hanya akan sampai pukul sebelas setengah malam. Adeng berangkat dulu sebab dia naik bas. Aku dan Senpai cakap kat Adeng kami akan check market value dia selepas sebulan. Sebab katanya orang lepas kahwin makin market dan dia nak kahwin bulan depan. Untuk isi masa yang berbaki lima jam, kami mulakan dengan ambil gambar sekitar stesen Dabong. Masa ni Tawakkal ‘alallah saja tinggal beg dekat stesen.
Kebetulan ada pasar malam tapi masa pergi sana banyak barang dah habis. Jadi, tak beli gapo, nok ke suasano jah. Lepas tu pergi ke padang permainan pekan Dabong. Ramai sungguh. Orang sini tak main handphone tak main Tiktok ke?
Bila dah maghrib perlahan-lahan gerak ke stesen semula. Di sana kami merempat, bergelandangan. Dalam maghrib macam tu Nisa balik ke Tanah Merah. Lepas tu main Uno Flip, tapi semua orang flipped sebab penat gila nak habiskan satu game.
Lepas tu Shimi demam balik weh. Tak logik. Atoq bukak cerita hantu, dengan energy yang sama macam di unggun api Kem Baha. Masa ni aku jeling je Sapek dan Syed sebab dua orang ni jenis boleh rasa-rasa juga. Acik-acik dekat bangku sebelah aku tengok tumpang dengar cerita Atoq.
Kereta api sampai dekat stesen Dabong awal sedikit dari jam sebelas setengah malam. Semua bergegas ke gerabak masing-masing. Bergerak saja kereta api, Syamel ajak pergi ke kafe. Dalam perjalanan nak ke gerabak kafe, ada satu katil yang bagasinya tercampak keluar sebab kereta api bergoncang kuat. Kakak katil sebelah selak langsirnya, muka terkejut. Aku nampak gula-gula Haribo berterabur di lantai, ah ini mesti lineup aku juga ni. True enough, begnya macam beg Senpai. Jadi aku susun semula beg ke atas katil. Sampai sana Syamel sudah ada di di meja bersama adiknya Saiful, Senpai dan Sapek. Meja sebelah Afiq, Bad, Juju, dan Didi tengah rancak bersembang. Fauzan dan Atoq di meja lagi satu.
Banyak yang disembangkan malam itu tapi lima jam merempat di stesen Dabong buat aku tak boleh nak ikut perbincangan diorang betul-betul. Abang pengurus kafe pun mungkin mengantuk macam aku. Order si Syamel dia bagi pada entah siapa. Order Senpai lambat dibuat dan bila sampai sudah sejuk. Aku order satu teh O suam untuk Shimi, tapi entah diminum entah tak sebab teruk betul demamnya. Sejak masuk kereta api terus lelap di katilnya.
Habis melepak, aku pergi salam dan peluk mana yang jaga lagi. Aku akan turun di Mentakab pukul lima pagi, waktu orang nyenyak tidur jadi aku nak ucap selamat tinggal siap-siap. Aku cuba kejut Shimi, memang tidur mati, dahinya berpeluh. Buat hal betullah kau Shimi. Didi suruh aku kejut dia bila aku nak turun nanti, aku iyakan saja sebab kesian pulak nak gerak. Aku panjat ke katil untuk tidur barang dua tiga jam. Bila difikirkan, aneh rasanya ucap selamat tinggal padahal masih bergerak atas kereta api yang sama.
Aku bangun pukul empat lebih sebelum alarm berbunyi. Tak mahu tidur semula, aku lepak di ruang antara gerabak. Bitter sweet. Itu yang aku rasa sampailah tiba-tiba perut meragam. Kalau korang baca semula kesemua tiga bahagian jurnal trip ini, aku tak pernah cerita pasal memerut, sebab memang aku tak memerut tiga hari. Perut automatik tak nak bagi kerjasama kalau pergi hiking lol. Tapi aku kalau boleh tak nak memberon atas kereta api. Malas nak bersilat dalm jamban bergerak. Biar sampai stesen Mentakab baru setelkan.
Dekat pukul lima, Didi Whatsapp. Wah gigih nak babai kita. Thanks Didi. Aku cakap aku tengah tahan memerut ni, nanti kat Mentakab kita jumpa untuk babai. Waktu tu dekat Kuala Krau. Habis Whatsapp Didi, rasa macam tak boleh tahan. Jadi pergilah juga ke tandas bergerak menabur baja, 110km/j. Semoga tanah di antara Kuala Krau dan Mentakab sentiasa subur.
Sementara nak turun, aku pergi jumpa siapa yang tak sempat malam tadi. Aku kejut Atoq di katil sebelah. Selepas ucap selamat pada Atoq, tengok Shimi memang tidur mati, sian dia. Aku pergi ke katil Afiq sebab malam tadi entah mana dia pergi. Nasib baik Afiq light sleeper. Sampai stesen Mentakab, babai dengan Didi sampai kereta api bergerak semula.
Perlahan-lahan cahaya dari kereta api yang menjadi saksi pertemuan, perjalanan, dan perpisahan kami hilang dari pandangan. Tetapi buat beberapa ketika, bunyi roda besi yang meluncur di atas landasannya masih lagi hinggap di telinga. Begitulah juga pertemuan singkat kami. Walau sudah berakhir, masih ada lagi tali-tali ghaib yang mengikat kami yang menjadi janji bahawa akan ada lagi pertemuan selepas ini. To more trips like this!
(to be updated) Train to Dabong: The Epilogue>>
____________________________________________________________________________
Bonus story
Selepas tiga hari yang bahagia kenalah sengsara pulak kan? Sampai dekat kereta, cuba buka pintu tak boleh. Aku ingat bateri kunci kereta habis. Tanya station master, kalau-kalau ada kunci serupa nak pinjam bateri. Lain. Kemudian dia tanya kereta mana, kereta kelabu tu ke? Aku iyakan. Dia cerita kereta aku lampu siling tak dipadam dari Khamis tu, bateri kereta habislah tu. Tapi tak ada pula dia offer nak jump-kan 😅🥲
Stesen dah kosong dengan station master pun dah balik. Jadi tunggu siang sikit telefon abang aku datang. Lain kali nak cabut je la mentol lampu tu, bukan kali pertama lupa padamkan, tapi ini kali pertama sampai habis bateri. Fokus Naja, fokus!
Comments