Sang Pengejar
Aku mengejar engkau dikejar,
Begitulah.
Perlu ada cerita sebelum mahu bicara,
Harus ada agenda sebelum berjumpa,
Kena ditetapkan mana dan bila,
Dikira-kira ongkosnya.
Tanpa kita sedar, tali merah yang disimpul pada pasak hati kita,
Kini boleh dinilai dengan wang ringgit.
Dan tanpa aku sedar, aku menyumpah pada Tuhan yang mencampak kita,
Terpisah masa dan ruang yang semakin menjurang tapi semakin menghimpit.
Bukan salah sesiapa.
Bahkan lumrah, qada dan qadar.
Aku mengejar engkau dikejar.
Begitulah.
Comments