Told Secret

Susah sangatkah
Nak cari kawan yang baik
Yang bila gembira
Ketawanya bersama
Yang bila berduka
Adanya bersama

Susah sangatkah
mahu jumpa rakan yang setia
yang rela membela
tak kenal derhaka

aku hanya mahu teman yang percaya aku
bila semua berkata aku tiada gunanya
aku hanya mahu kawan yang
berkata, "Naja,dia boleh buat semua tu"
"aku percaya dia,dia takkan putus asa"
"beri dia sedikit peluang dan ruang"
"sedikit lagi masa,dia bisa"

Aku hanya mahu kawan yang mengerti bahasa derita aku
Jika tak bisa dia mengerti derita aku

Dulu aku bukan duka begini
aku tak pernah duka begini
dulu aku rasa sendiri,
tapi masih ada teman yang rasa sekali
Kini aku rasa sendiri
tetapi yang ini memang benar sendiri
Kerana dulu kawanku adalah aku
serupa wataknya
sama deritanya
Tapi kini aku tinggal sendiri
Aku tinggal aku
kerana aku mencuba
hidup dengan suasana beda
bercampur baur jenis dan ragam
aku ketap aku genggam
Aku beranikan pilihanku

Tapi aku kecewa

Aku hanya mahu kawan yang teman aku
bila aku rasa sendiri
aku hanya mahu kawan
yang percaya aku sampai mati
berdiri tegak di sisi walau aku dicaci

Aku hanya mahu kawan yang nampak aku elok
walau dunia menghina dan memperolok
Aku hanya kepingin senyum di hujung minggu
sebab bersembang berbicara
berborak apa saja

Aku tak mahu kawan yang harta berjuta
aku tak mahu kawan yang punya rupa bergaya
aku tak mahu kawan yang orang lain suka

Aku hanya mahu kawan yang faham kerenah aku
Aku hanya mahu kawan yang terima keadaanku
Aku hanya mahu kawan yang faham niat hasratku
Aku hanya mahu kawan yang membantu bila tahu aku malu minta dibantu
Aku hanya mahu kawan yang suka berkongsi mimpi
Impian dan cita-cita
Duka-lara dan rahsia

Aku hanya mahu kawan yang tak pernah tinggalkan aku
aku hanya mahu kawan yang bisa jujur dengan aku
aku hanya mahu kawan yang memikirkan yang terbaik untukku
aku hanya mahu kawan yang santunnya membimbingku
Ketawanya menggembirakanku
Senyumnya meringan bebanku
Ajakannya jujur keranaku
Tolakannya ikhlas kerana tak mampu
Tangisnya kerna percaya aku
Pelukannya hangat bersaudara
Pujukannya melembut hatiku
Doanya buat aku
Fatihahnya tak lokek untukku
Ingat aku bila santap
Ajak aku bila siram
Maaf aku sebelum beradu

Ku mahu kawan yang bertanya mana aku bila aku tiada
Ku mahu kawan yang rindu aku bila aku entah ke mana
Ku mahu kawan yang kisah sakit demamku
Ku mahu kawan yang tahu makan minumku
Ku mahu kawan yang ajak bicara bila tiada gembira raut wajahku
Ku mahu kawan yang tandang dengan air mawar di pusaraku

Aku mahu kawan aku buat semua ini kepada aku
Sebab aku juga mahu buat yang sama pada kawan aku

Aku hanya mahu teman seperti itu
Susah sangatkah?

Mungkin

Comments

ini kisahku... said…
ssah la wei..
xde yg smpurna..
tp kte kn bley b'usaha utk jd smpurna g2..
byk2kn doa,insyAllah ada yg lebih mengsihi ko..
Dia xpenah lupakn ko..
dktkn dri kt Dia
Anonymous said…
rasanya xsusah..
untuk mendapat sahabat terbaik utk diri,
terlebih dahulu perlulah jadikan diri sendiri
sahabat terbaik,
utk dpt shabat yg memahami,
kita perlulah memahami,
utk dpt shabat yg setia,
kita perlulah setia,
utk dpt shbat yg mghargai,
kita perlulah tahu mghargai mereka..

kalau diri sendiri pun xde sume sifat yg kita nak kat sahabat..
xdek gunanya gak en...
so, nak cari shabat terbaik ubah diri lu jadi seperti apa yg kita nak kat sahabat kita...

sume manusia xperfect...
setiap perkara yg terjadi pasti ada hikmahnya..
mungkin dulu kita pernah lukakan hati orang lain, sekarang kita plak yg kena...
mungkin dulu kita pernah bahagia di atas penderitaan org lain,
sekarang kita yg mnderita...
mungkin dulu kita pernah tinggalkan sahabat,
sekarang kita yg ditinggalkan,
mungkin kita xjumpa lagi sahabt yg dicari,
mungkin suatu hari berjumpa pasti..

insyaAllah...
Najakia said…
insyaAllah
maybe one day,one other time
maybe aku xready utk ini lg.but..
i'm not quittin yet.
thanx fairuz
tq ms./mr. i-dunno-who-you-are

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat