Kalau begini

Kalau beginilah caranya
melupakanMu ketika senang,
meninggalkanMu ketika suka,
mengingkariMu ketika bahagia,
patut aku dirundung sahaja susah,
patut aku dilanda lagi duka,
patut aku ditekan dengan sengsara

Cepat benar mendustaiMu,
sedang enak menghirup nikmat,
cuma sesaat terpaling dariMu
hilang sesat dalam maksiat

Kalau beginilah caranya
diberi ruang diisi derhaka
diberi peluang diisi dosa
patut aku dihukum setimpalnya
patut aku diseksa dicerca

Kemudian baru akan kusedari
yang nikmat itu hanya seketika
petanda dunia juga tak kekal lama
kenapa disia bukan padaNya

Penciptaku
campakkan kembali percayaku padaMu
lemparkan lagi iman dan hidayahMu
kerana hati ini kembali rindu dengan cintaMu
tak tertahan lagi didusta janji makhlukmu

Penciptaku
Ingatkan aku
Sedarkan aku
Kuatkan aku
Jangan lagi berulang
Jangan lagi terselang
Dosa - pahala
Taubat - derhaka

- mungkin aku harus cepat berpuasa sunat, bila dunia terlalu nikmat, iman di hati tiada terlekat
-mungkin aku harus diam sahaja, kerana banyak berkata banyak ketawa, jiwa teralpa terlupa padaNya
-mungkin harusku sentiasa tahajjud, mengira tasbih berulang sujud, menangis merintih doa dilanjut

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat