Sempit

Minggu lepas sampai sesak dada mengurus penginapan
Minggu lepas juga akhirnya hilang penat kepala bila berjalan
Minggu ini datang semula sempitnya masa
Bersilih ganti, memang benar janji Yang Esa

Minggu lepas-lepas memegang beban tugas
Entah terpikul kerja,entah banyak yang terlepas,
Tapi tubuh ini meredah juga,
Takut yang ditanggung rasa teraniaya.

Sampai ke kota terbebaslah keluh
Memerhati dunia berpeluh tubuh
Beban yang ditanggung terus dilupa
Rungut dan jerit menjadi ketawa

Tapi dunia ini sedikit suka
Kerana dunia sekadar cuma
Yang banyak ada hanyalah duka
Kembali semula ujian Dia


[ dua hari bersama rakan sekampus,dua hari bersama teman sekolah, lalu sakit hilang hapus, tinggal cahaya,sinar, dan cerah ]


ps: I'm really bad at being the person in charge. good experience, but once is enough. Sorry for being so untrustworthy. Gomenasai. Sumimasen. Tuipuci. Sorry.

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat