Perjalanan Mentakab-Dabong-Mentakab adalah antara satu perjalanan yang paling bermakna dalam kehidupan dewasa aku yang tak ingin aku ulang. Bukan kerana aku tidak sukakan kereta api, bahkan bagi aku tiada kenderaan yang lebih mengujakan. Bukanlah kerana jarak perjalanannya yang panjang, malah ada yang merantau sejauh Selangor dan negara Johor. Bukan kerana perlu mengangkat beban, kerana ada yang mengheret bagasi yang jauh lebih berat. Bukanlah kerana mereka yang aku jumpa dan berjumpa kembali adalah mereka yang aku tidak berkenan, malah jika hilang seorang tidak lengkaplah perjalanan ini. Tetapi kerana pada epilog perjalanan ini, terbit rasa-rasa yang tidak sempat aku hadamkan semasa dan di antara masa kami bergelak tawa, di senggang waktu kami makan tidur, makan tidur, dan makan tidur lagi. Malah tulisan ini adalah satu percubaan untuk aku menyusun kembali fikiran dan perasaan yang datang tak diundang, satu prakata untuk memahami prarasa tentang sesuatu yang masih janggal untuk aku k
Comments