Ada Apa

Cepatlah hadir wahai ilham
Dekatlah hampir bagai pendeta
Yang membisikkan jiwa dan bahasa
Sesudah subuh sebelum cahaya

Muak sudah pada kuningnya suara-suara senja
Jelik pada hitamnya angin hasut-hasutan malam

Aku mahu hanya bait cinta menjadi rangga ragaku
Jadi datanglah
Datanglah ilham
Terangkan nadi puisi aku
Serentak hadir hari aku


Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat