Office
“Pinjam stapler boleh?” tanya aku, gugup.
“Apa dia?” balas Siti, matanya masih di monitor komputer.
“Stapler tu...boleh saya pinjam?”
“Oh, ambillah, ambil. Setakat stapler tak payahlah mintak-mintak izin.” balas Siti sambil tersenyum, matanya terpicing, nakal. Pantas dia sambung menekan-nekan papan kekunci.
“Habis apa je yang kena mintak izin? Klip kertas? Kertas A4? Gunting? Gam?” tanya aku sambil mengepil kertas-kertas A4. Bergurau tapi sebenarnya nak tahu jugak.
Siti berhenti menaip. Kali ini dia badannya ikut pusing dengan jeling matanya.
“Amboi amboi amboi. Kalau sampai boleh senaraikan barang-barang dalam kedai stationery, takkan tak pandai nak beli sendiri?” Serius wajah Siti buat aku cuak. Kalau tak kerana decit tawanya selepas itu, boleh terkencing aku ditenung begitu.
“Orang main-main je la.” Sambung Siti lagi, mungkin sebab jelas terbaca perkataan 'CUAK' di muka aku.
“Ambil je. Bukan orang punya pun, company punya.”
“Oh, ada bagi eh? Saya tak dapat pun.”
“Orang dah lama kerja sini je dapat. Budak baru tak boleh. Bos tak bagi.” Jari telunjuknya digoyang ke kiri ke kanan. Matanya dibulat-bulatkan. Comel. Macam hamster.
“Macam apa?” tanya Siti mengejutkan aku dari lamunan. Damn, aku cakap out loud ke?
“Takde. Mana ada saya cakap apa-apa.” Damn it. Damn it. Damn it.
“Eh tak mengaku pulak. Awak cakap macam hampeh kan, kan? Orang report kat bos, nak?”
“Mana ada la. Saya cakap macam...macam hipster.”
“Bos! Budak baru ni cakap bos macam hipster!”
“Oi!” Separuh menjerit aku mendengar gurauan Siti yang tak kena tempat.
Dari hujung pejabat terdengar bunyi daun pintu Encik Daud terkuak. Aku dah tak senang duduk. Aku buat-buat memandang monitor komputer, tapi dari hujung mata aku aku tahu Siti sedang tersengih-tersengih.
“Siapa yang cakap aku hipster?”
“Budak baru ni bos. Hahaha.” Kurang ajar kau Siti kenakan aku.
“Mana ada encik. Memandai je Siti ni.”
“Iya bos. Dia cakap tadi.” lawan Siti sambil terkekeh-kekeh ketawa.
“Aku tengok korang ni kan...macam couple dah. Bergurau senda. Usik-mengusik. Aku kahwinkan korang nanti baru korang tahu.” Encik Daud ketawa besar sambil berjalan ke pantri meninggalkan kami berdua.
Tawa Siti terhenti sejak mendengar gurauan Encik Daud. Aku beranikan diri menjeling sesaat ke arah Siti. Mukanya jelas merah padam di bawah cahaya lampu kalimantang yang menerangi ruang pejabat. Dia marah ke? Ke segan kena bahan dengan Encik Daud?
Ah sudah. Kalau merajuk habislah. Rajuk perempuan bukan boleh dibuat main. Takkan sebab Encik Daud aku yang kena pujuk?
Sekali lagi aku mencuri pandang Siti, kali ini sesaat lebih lama. Aku lihat badannya mengecil, jari jemarinya bermain-main dengan hujung kain tudung. Aku tak pasti betul atau tidak, tapi aku rasa aku nampak ada sedikit senyum terukir di hujung bibir Siti.

Comments