Tiga

Adakah aku perlu menanggung seorang
Apa yang terlihat mata ketiga ku
Mata yang memandang tembus
Jernih atas niat dalam hati manusia

Berikan aku satu insan
Nescaya dapat aku baca jiwa kotornya
Akan terselami niat buruknya
Dari wajah terkerut dahi
Atau gelisah goncangan kaki

Lalu adakah perlu aku menanggung seorang
Rasa syak dan was-wasku
Hanya kerana dunia tak bersedia
Menerima teguran dan halangan

Tuhan,kenapa kau beri aku mata yang ketiga ini

Scene: Meeting
Lokasi: Koridor, Boardroom
Soundtrack: Cancer by My Chemical Romance

Nota kaki dan lutut: kita bias bila situasi itu punya kita dalamnya. Aku tak enak begitu. Aku buka mulut. Zass!zass! Perkataan aku dicantas. 2 kali. Hampeh tol.

Comments

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat