Denda! (Siri Meniru Rakan)

Okeh, for the very the very first time I will tiru my blogger friend topic: denda.
Baiklah, ikat tali pinggang keledar anda, kerana anda akan saya bawa merentas ruang dan zaman, membelah space and time continuum (sila imagine kertas kalendar terselak-selak) , menyelak kembali lembaran sejarah, melukut di tepian gantang, menanam tebu di pinggir bibir, dan segala macam 'me-' lagilah... untuk menyelami dan menelusuri kembali, denda-denda yang pernah saya terima sepanjang dekad pertama dan kedua kehidupan saya. Enuff of bunga-bunga, let's get down to the facts yawww....

Masa sekolah rendah, denda cikgu bagi memang standard dengan orang lain kot. Tak kuasa aku nak cerita teknik-teknik melangsaikan denda berbentuk ketuk-ketampi, jalan itik, berdiri atas kerusi. Itu mudah. But lemme tell you something, aku kira baik jugaklah masa sekolah rendah. So denda-denda ni memang jarang kena. Tapi ada denda yang aku tak akan lupa sampai bila-bila...

Masa sekolah agama, petang Khamis mesti ada macam persembahan dari murid. Nasyid ke, syarahan ke... Waktu talent time ni, tak boleh bising-bising. Kalau tak pengawas tulis nama. During the talent time tu, duduklah aku sebelah jiran aku ni. She ask me something, so aku jawab la. Dengan takdir Tuhan, nama aku kena tulis. Herem. Kenalah pulak ustat aku twist sikit denda hari tu. Atoiii... Berdiri depan kat atas pentas depan public.Biasa? Oh, here's the twist: kena bukak baju! Hancur reputasi aku sebagai pengawas sekolah kebangsaan. Hancur! But as a man with pride (not yet lost walau dah bukak baju), aku pertikaikan keputusan aku didenda time tu jugak.

Dengan tangan bersilang di dada, aku cakap,"Ustat tak boleh buat macam ni. Sepatutnya pengawas kena bagi amaran dulu, baru boleh tulis nama. Ini terus tulis je..."

Macam tu lah lebih kurang aku cakap. Siap guna ilmu kepengawasan sekolah kebangsaan lagi nak debat. Ustat jawab apa aku tak ingat, but one thing aku sure is muka dia berubah. First time dia handle student yang rebellious kot. Haha! Sori ustat, malu kot orang tengok dada dan apa yang ada di dada saya.

Alamak, baru satu denda dah panjang. Nantilah aku cerita yang lain dekat next posts. Tapi kan, alang-alang aku dah cerita pasal zaman sekolah, ada satu lagi cerita aku nak cerita. Ok, pening banyak sangat cerita.

Cerita ni masa aku darjah 4 tak silap. Dalam kelas Sains,kelas Cikgu Suriani. Dia ni orang kelate, so dia sebut beluncas = ' belucah'. Mengengsot dia sebut 'ngesok'. Bagi bebudak itu kelakar kot, and aku still rasa kelakar kot. One day, dia ajar tentang bahaya hisap rokok. So, standard cikgulah mesti dia tanya apa lagi keburukan merokok... Pung pang pung pang budak bagi jawapan. Aku ni suka baca Mastika dulu. Walau tak paham mende aku baca dari Mastika, dengan naifnya aku jugak menjawab, " Mati pucuk, Cikgu!"

No, takde drop dead silence aku terima dari kelas bila aku cakap benda advanced macam tu. Sebab nobody paham maksudnya. Almost instantaneously, Cikgu Suriani gelak kekeh-kekeh. Non-stop. Semua budak-budak jadi blur. Kelakarkah? Salahkah jawapan aku? Atau gilakah? Merah padam muka aku. No explanation at all from her why, sebab dia tak boleh stop gelak. Sampai habis kelas dia gelak.

Balik sekolah, campak beg, aku bergegas cari Mastika nak tau maksud 'mati pucuk'.Tak faham walau dari konteks ayat sebab mende tu just one of many other contoh. Ahah! aku selongkar cari buku simpulan bahasa. Huruf M. M. M.... There you are...mati pucuk ialah... sejenis...
Whattt!!!!! Segannnyaaaaaa!!!!!!

Comments

noin jamaludin said…
ahahahaha,...
boooooooo sama naja...
xtau aku nk ckap apa..
kuang kuang kuang....
nasib baik zaman kanak-kanak kn..
Najakia said…
jgn cakap pape..shhhh

Popular

Superficial

Love-Hate

Coklat