Surat Cinta Buatmu
Kehadapan satu-satunya adikku.
Adikku, apalah kiranya sedikit ujian yang dilempar Tuhan padaku, jika dibanding rasa sakit dan tak berdaya yang dikirim Tuhan padamu. Aku mengaduh pada ujian yang terlalu kecil, sedang kamu tenang hadapi seksa dunia tanpa banyak tanya.
Bila saja aku disakiti, mudah saja aku palit marahku pada manusia sekitarku; mencaci, mencarut, mencerca. Tapi kamu, ah kuat amat. Kamu pendam dan diam, bagimu biar seksamu untukmu sendiri. Emak kata, sepanjang kamu derita, tak pernah lepas satu kata 'Aduh' dari bibir pucatmu. Kaubiar seksamu untukmu sendiri.
Adikku, kamu ingat kita berdua sendiri di meja makan di pagi raya? Setiap kali teringat aku itu, sebak dada bagai kau baru tiada rasanya. Renungmu kosong, mungkin bersyukur sempat menyambut raya. Mungkin berfikir bilakah masamu akan tiba. Saat itu juga, bergenang mataku, lalu aku lajukan kunyah lemang dan rendang, tak mahu kulihat berduka kamu di pagi raya. Ah, adikku. Masih dengan senyummu, walau diri separuh bernyawa. Sedang aku, lemah.
Adikku, sungguh aku cinta dengan sifat usahamu, yakin dirimu, sikap senangmu. Kaupasti ingat bukan pagi engkau pergi? Ramainya manusia bertandang berkongsi hiba melaut hingga ke jalanan. Rakan maktabmu tiba dengan bas pendek, saudaramu tiba dengan deret kereta, kawan baikmu mengaji dari malam ke subuh, abang dan kakakmu tak henti menyiapkan rumah, tak henti bacaan Quran disedekah. Mereka itu juga semuanya, senang dan cinta padamu. Sedang aku, hambar dan melayu.
Adikku, sejak akhir-akhir ini terbabas rasanya aku dari Tuhan, walau sedikit cuma ujian diberikan. Terlupa aku padamu. Pasti kau sedari kurang sinar kuburanmu, itu aku yang alpa untuk sedekah padamu. Maafkan aku. Aku abangmu yang tiada timbang rasa. Kurayu padamu. Adikku, bimbing aku buka lembar baru. Tancapkan semangatmu dalam dadaku. Sematkan senyummu pada tirai mukaku.
Adikku, temani aku lagi.
Al-Fatihah.
Yang benar,
Abangmu
p/s: Ingat lagi waktu di pagi raya itu? Kau gagahkan dirimu berjalan,bertatih agar dapat kauberikan seekor kucing jalanan ayam rendang sebagai habuan. Aku suka itu.

Comments
sabar ye naja..